Taktik Scammer Terbaru 2021





16/9/21-Mungkin ramai yang pernah mengalami pengalaman ditipu oleh scammer. Pelbagai cara mereka menggunakan helah untuk menipu duit kita.

Taktik terbaru scammer tahun ini dengan menawarkan pekerjaan part time untuk mereka yang memerlukan kerja dari rumah.

Dengan hanya bekerja selama 20-30 minit secara sambilan menggunakan handphone, korang akan dibayar gaji rm40-rm60 sehari. Bagus juga wehh..

Iklan part time itu dikeluarkan di FB atau wasap. Pertama selepas korang PM dia, dia akan menghantar link untuk didownload aplikasi Square 99@999. Seterusnya dia akan suruh korang buka dan daftar untuk aktifkan akaun korang.

Ini link dia:


“Ini ialah link Square99, lepas kamu siap download daftar satu akaun sendiri dan isi kod jemputan saya: https://h5.square999.net/app/index_en.html 

697328 https://h5.square999.net/app/index_en.html”

Kemudian, dia akan beri korang satu akaun testing yang kononnya akaun dia dan dia topup rm400. Korang akan diajar menggunakan akaun dia dulu sehingga pandai atau selesai kerja. Kerja korang senang, hanya sahkan order melalui aplikasi dia. Sehari minima 33 order, maxima 99 order. Senang bukan??? tekan-tekan korang dapat komisen. Semasa didalam proses belajar, dia juga akan ajar korang untuk top up sekiranya duit akaun apps korang tak cukup untuk teruskan kerja. 

Setelah selesai, korang akan diberikan upah sebanyak rm40-rm60 kedalam akaun korang. Memang bestla sebab dalam masa 30 minit korang boleh dapat rm40-rm60. Untung sangatkan..

Hati-hati!!! setelah korang gembira dengan upah yang korang terima, korang secara tidak sedar telah masuk ke Perangkapnya. Korang akan disuruh untuk buat kerja sendiri dihandphone korang.

Dalam masa korang tengah seronok buat kerja, aplikasi itu akan mengeluarkan notis untuk korang top up jika mahu meneruskan kerja korang. Jika tidak, korang tak boleh claim gaji korang. Kalaula korang top up, Almarhum la jawabnya..








Yang peliknya, akaun-akaun yang dia bagi ni semua nama melayu dan berlainan pemilik. Satu lagi, korang nak kerja, kenapa korang pula kena top up! Jadi, beringatla semua, rakan saya baru terkena tadi. Nasib rm100 sahaja melayang.

Apa-apa pun, harap perkongsian ini bermanfaat.. babaii….

Krdt: Azli hamzah

Ulasan

Heyy berkata…
I juga kena scam ni tapi pun lucky i recharge rm100 je
Heyy berkata…
I pun kena scam ni baru kini je lucky i same recharge rm100 je i jumpa kerja ni kat fb grp ingat nak untung sikit pocket money tapi dia panggil i recharge lagi 1.3k masuk untuk continue grab order

Catatan popular daripada blog ini

Kerja dikedai jual Arak seperti 7e, speedmart dan pasaraya

Durian runtuh Duit Kripto buat rumah Banglo