14 hari selepas dos kedua, tetapi masih Positif??
Aku nak cerita sikit ni, kami semua satu office dah suntik dua dos.. aku ni baru seminggu suntik dos kedua, kawan aku lagi 2 orang dah selesai berpantang 14 hari.
Ngam-ngam 14 hari habis, seorang daripada diaorang positif covid. Maka bermula lah kisahnya..
Kawan aku demam on off pagi tu, badan macam tak larat, aku datang pejabat dia tengah baring. Disebabkan perempuan, aku pun anggap mungkin datang bulan kot, aku malasla nak tegur.
Selesai kerja kami balik rumah, dia dah mula demam teruk malam tu, abg dia terus pergi beli test kit, lepas beli terus test swap, tunggu 10 minit tengok result positif wehhhh…
Dalam pukul 1.15pagi dia mesej aku, dia bagitau dia positif. Wahhh… aku salah seorang contact rapat weii.. mulala fikir macam-macam. Kerja banyak tak siap, claim dan report tak hantar lagi. Aduhhh pening…
Pagi esok dia pergi klinik untuk swab sekali lagi. Bos panggil aku dan kawan-kawan untuk buat sanitasi.. kami buat sanitasi terus pagi tu, lepas sanitasi bos beli test kit dan swap semua. nasib baikla aku dan kawan-kawan negatif, lega rasa. Tapi fikiran masih melayang-layang memikirkan nasib kawan aku ni. Kami ambil inisiatif sendiri untuk kuarantin dulu sementara tunggu result kawan sorang lagi tu.
Pada petang itu semasa kuarintin di rumah, aku telefon kawan aku dan bertanya khabar. Dia macam tak larat, keputusan swap belum dapat. Aku pula berdebar-debar rasa bila tunggu result dia. Adoiii… macam-macam fikir wei, kalau kena angkut dengan KKM confirm kena duduk hospital. Lauk nak kena beli standby buat anak bini aku. Panik jugala…
Pada hari ke-3, sebelah petang dia mesej aku result dah keluar dan dia bagitau dia Positif. Jantung aku berdenyut laju., apa aku nk buat ni. Tengok muka anak bini mula pikir macam-macam. Dia bgtau aku, Poliklinik suruh tunggu KKM telefon. Lama juga proses dia, aku ingat KKM terus datang kerumah dia, dah hari ke tiga kot.
Hari ke-4, KKM dah telefon kawan aku. Kawan aku kena kuarintin dirumah. Kami semua diminta hadir ke PCR untuk ambil gelang kerana contact rapat. Pendek cerita kena kuarintin kendiri dirumah.. fuh.. selamat.
Bermulalah kami bercuti selama 14 hari. Yahhhhh hoi!!!! banyak la kerja tertangguh wehhh.!! baru nak gembira. Xpela, semua dh ditakdirkan, Allah bagi aku rehat dulu dengan keluarga.
Disini aku nak pesan pada korang, berhati-berhati dengan sesiapa sahaja. Tak kira la dia kawan rapat ko ke, client ko ke, abah ko ke, kalau masuk je pejabat, tembak suhu dan pakaila sanitizer. Balik rumah mandi dulu. Ini pengajaran buat kami semua. Bila disiasat, punca kesnya adalah semasa klien hantar cek. mungkin dia x sanitasi dan x chek suhu.
Klien pun kira kenalan aku juga. Bila tanya dia, bini dan anak dia pun positif. Punca utama berasal semasa dia menghantar barang keperluan kawan dia yang positif covid. Mungkin berjangkit dari situ. Apa-apa pun qada dan qadar sudah ditentukanNya.
Kita ni kena redha dan bersyukur kerana ada orang lain kena lebih teruk dari kita.. Stay at home..
#kitajagakita.





Ulasan