Dah tua nak sambung belajar??Tapi….


Ramai yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tempatan, tetapi ada kekangan dengan kerja dan kewangan. Zaman pendamik ni untung kalau sambung belajar, banyak kelebihan belajar online ni. Aku suggest dekat korang boleh cuba apply UTM space.

Yuran kos untuk diploma tak mahal lebih kurang rm9900, Untuk yuran pendaftaran anggaran dalam RM 500 selepas pendaftaran lulus. Selebihnya, korang boleh bayar ansuran ataupun mohon kwsp. Satu lagi yuran proses dalam rm150. Banyak juga course yang disediakan. Korang boleh pilih mana satu korang berminat. Antara course diploma profesional yang disediakan seperti:

🎓Engineering Management

🎓Human Resource Management

🎓Business Admin

🎓Electrical Engineering

🎓Oil & Gas Technology

🎓Occupational safety and health 

 .

Boleh pilih course yg diminati atau berkaitan dengan bidang kerja.

Jadi course yang mana satu yg anda minat ?

Bagi aku sebelum korang apply better buat perancangan dulu. Mungkin sedikit sebanyak ada gangguan dengan kerja korang. Kebanyakkan kelas diadakan pada hari sabtu dan ahad. Jadi hari sabtu biasanya akan bertindih dengan kerja korang. 

Sebelum tu, aku nasihatkan korang buat persediaan dari segala aspek,  laptop, printer, internet kena ada. Zaman sekarang semua guna online. Jangan korang abaikan sebab amat penting buat persediaan awal.

Waktu belajar biasanya dalam 4 jam.. mula pukul 10pagi hingga 2pm. Jadi korang boleh manage kerja korang. Tempoh belajar pula anggaran dalam satu tahun. Singkatkan?? Sebab tu aku cakap untung siapa yang ambil sekarang.. Apa-apa pun aku ucapkan good luck pada korang semua yang bakal sambung belajar..

Boleh share pengalaman korang juga di ruang komen.. babai….


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerja dikedai jual Arak seperti 7e, speedmart dan pasaraya

Durian runtuh Duit Kripto buat rumah Banglo